Perkongsian Ramadhan

>> Tuesday, August 25, 2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menemukan kita dengan nikmat Ramadhan pada tahun hijri 1430 ini. Bulan Ramadhan ini, sangat sinonim dengan amalan berpuasa di siang hari atau denagn lebih terperinci menahan nafsu dari lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Firman Allah :-

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwjibkan ke atas kamu puasa sepertimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..."
(Al-Baqarah : 183)
Ramadhan juga adalah waktu yang akan kita sering mendirikan solat, tidak kiralah solat fardhu, solat sunat dan berbagai lagi seperti solat Isya, tarawih, witir dan sebagainya. Kata-kata Nabi Muhammad s.a.w berbicara :-

"Solat itu tiang agama..."
(riwayat ?????)

Ini adalah beberapa wasiat khusunya untuk solat untuk setiap saudara muslim di seluruh dunia khususnya buat mutarabbi-mutarabbi di Hira' yang telah atau sedang menuntut di Madrasah Tarbiah Hira' yang akan bertukar sistem buat satu bulan iaitu sistem Madrasah Tarbiah Ramadhan Kareem

  • Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk boleh melaksanakan solat tarawih pada malam pertama dari bulan Ramadhan, dan jangan sampai kita ketinggalan darinya, supaya kita boleh mendapatkan keutamaan solat tarawih semalam penuh.
  • Bersabarlah untuk bermakmum di belakang imam dalam solat tarawih, sampai imam beranjak dari tempat duduknya(untuk solat), supaya dituliskan bagi anda pahala sebagaiman solat semalam penuh.
  • Bersemangatlah untuk bersolat Maghrib berjemaah di masjid, keran kita dianjurkan untuk lebih memakmurkan masjid pada bulan Ramadhan dibandingkan dengan bula-bulan lainnya.
  • Janagn meninggalkansolat sunat ba'diyyah Isya', iaitu dua rakaat selepas solat Isya', sebelum dimulainya solat Tarawih.
  • Jangan berjaga semalaman(untuk hal-hal yang kurang bermanfaat)sehingga boleh menyebabkan kita terlambat bangun untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah.

Selamat beribadah! Jangan kita rugikan masa di bulan Ramadhan walau 0.0000000000001 detik kerana ianya sangat beharga dan bernilai... Ramadhan Kareem!!!

0 carotan visitor:

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP