>> Tuesday, September 22, 2009

entri ini hanya gambar dan berisi di sini
atau
klik pada gambar

Read more...

like always 'bored'

>> Thursday, August 27, 2009



Bismillah....
Ramadhan Kareem.....wallahhuakram....


Fuish...jarang tak tido lepas subuh ni...hehehe....k
antoi...nk buat camne kn...mata trtido sendiri...keh3...okeyh la...x de masa nk cite pasal benda2 nieh...

Ni kali kedua la kiranya gue(ha3..hikmat lagi) menaip...Camni lah...semalam gue pegi iftar usrah mak gue kat rumah member die tp bkn ahli usrah die tp ahli usrah satu lg(ayat keling brmula)...maknanya(ha3), semalam ade 2 usrah la yg iftar skali...fuuhh...faham?x faham sudah...tp yg penting rumah die mcm syaitan(e
h,syaitan kena ikat?),hmmm...mcm LUTFI agaknya(ha3),besar giler...


gambar hanya bayangan semata2...trlupa nk amik gamba ar smlm...

Puas hati tol tgk rumah die...x habis batak lg kn....hehehe...tp, tu bkn point yg ign gue kongsi hari ni...


Baiklah(ayat hikmat)....lps iftar,solat maghrib dan al-ma'thurat(sape x bace ma'thurat kat rumah??ha,cuak ko ujer...ososos) Ustaz Haris(owh bantai je name kn...x igt la name die) bg sedikit perkongsian rohani yg brbentuk mulut ke telinga slps pengisian makanan ke mulut dn pengisian rohani yg brbentuk ibadah(ha,ayat keling kedua brmula)....perkongsian die brbunyi...
lbh kurang camni la...

"Suatu massa dulu ketika mane khilafah abbasiyah mengambil alih tampuk pemerintahan dari khalifah umayyah, khalifah ketika itu(x igt name die...ustaz ade ckp smlm) tanya kpd banduan khiilafah umayyah yg ditangkap waktu tu..die tanya:

"what (osos) yang paling membuatkn kamu bimbang/sedih sekali ketika kamu
berada dlm tahanan ini"

kemudian, mereka menjawab:

"kami sangat sedih sekali kerana trputus dpd mendidik anak2 kami...kami sgt
bimbang ape yg trjd pd mereka diluar sana."


itulah kata2 yg mereka lontarkn...okeyh, habis tazkirah dr
Ustaz ape tah (ha3...x igt kn point die)...
x pe2...jgn bimbang...kita blh kasi point sendiri...

Baiklah...BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIIM...

Sekiranya kita lihat dpd jawapan yang diberikan oleh tahanan Umayyah trsebut, dpt diperhati bahawa mereka memandang mendidik generasi muda ni adalah satu nilai yg sangat pnting yg perlu diteruskn dr generasi ke generasi...Namun, ape sebenarnya yg memacu mereka utk berfikir seperti ini?
Mari kita lihat dr terjemahan surah al-baqarah ini:

"Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Ya'akub, ketika dia berkata
kpd anak2nya, "Apakah yang akan kamu sembah slps ketiadaanku?" Mereka
menjawab, "Kami akan menyembah tuhanmu dn tuhan nenek moyangmu iaitu
Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu TUHAN YANG ESA dan kami hanya berserah diri
kepada-Nya."
(Al-Baqarah:133)

Lihat bagaiman jawapan anak2 Ya'akub kepadanya...Mereka membuat pengakuan yang jelas bahawasanya mereka akan tetap menyembah ALlah Rabbul-'alamiin walaupn slps ketiadaan bapa mereka Ya'akub alaihissalam...Inilah hasil tarbiyah yg diberikan Ya'akub kpd anak2nya...Lihat, betapa pentingnya pendidikan yang berterusan kpd setiap generasi agar agama Allah ini diIMANI dr zaman ke zaman...Bkn sekadar dianuti dr zam
an ke zaman tp DI IMANI oleh mereka yg menganuti agama suci ini...Kerana itulah tahanan bani umayyah sgt bimbang akan keadaan anak2 mereka yg tidak dpt diperhati oleh mereka tentang gerak-gerinya, kawan-kawannya, akhlaknya dan sebagainya...Mereka sgt bimbang andai anak2 mereka tidak mengenali Allah seperti mana mereka mengenali dan mengimani Allah S.W.T...Mereka mahu anak2 mereka menjd seperti diri mereka malah lbh baik lg dn mgharapkn agar anak2 mereka meneruskn apa yg sedang mereka teruskn yakni Ad-Deenul Islam itu sendiri...knp? Kerana mereka melihat bahawa dunia ini tidak layak dipimpin dengan kuasa atau ideologi selain dr kefahaman suci yang diturunkn oleh Allahu huwal Khaliq...Dan...Mereka sangat2 bimbang sekitanya anak2 mereka tidak mengenali Allah selepas ketiadaan mereka...Bimbang sekiranya generasi seterusnya tidak lg mengenali Pencipta dan bebas berbuat maksiat kepada-NYa...Bimbang sekiranya generasi seterusn
ya lalai akan tuntutan agama malah bebas meninggalkannya...Bimbang sekiranya generasi seterusnya tidak lg menjaga adab2 murni malah bebas berkelakuan seperti binatang...Bimbang sekali sekiranya generasi seterusnya mati dalam keadaan kufur kepada Allah dan teruk diazab di dlm neraka DISEBABKN mereka tidak memberi didikan sepenuhnya kepda anak2 mereka...


Hmm,baiklah(x leh ar x pakai, mcm sedap gak).......Jadi, Insya Allah(ha3)....Ana mengajak antum smue renung kembali(x sedap ar)...Mula balik....Mari kita renung dn cube kaitkn cerita di
atas dgn keadaan kita yg sudah ditingkatan tiga walau badan besar ngan dh berjanggut mcm lutfi(kah3)...KITA dah nk keluar kot...maybe taon dpn atau ???? someday...plg koman pn 2 taon lg...yg bdk2 15 tu.....jgn bajet dh besar...gi la masuk ma'ahad dulu...Ni utk bdk 'besar' je...Adult Only(ha3...baju izat)....okey la, cukup gurau...hmmm,
tgk, dh igt nk tulis ape...x pela... semua dh besar dan cukup mantap dr gue(tinenenengneneng teneneneneng...ha3..bajet sedih ar)...blh la pikir2 sendiri...he3...>HIRA' PERLUKAN GENERASI YANG SAYANGKAN AGAMA INI DAN MENYAMPAIKANNYA KEPADA GENERASI MENDATANG<...INSYA ALLAH...






Maaf kepada semua kerana banyak merepek...keh3...bnyk tgk anas tahir la ni...he3...sori kpd semua nama yg ana mention kat atas...moga x renggang ukhwah especially kpd lutfi...sori letak gambar...kah3...sape suruh ske kutuk ana...

Read more...

Perkongsian Ramadhan

>> Tuesday, August 25, 2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menemukan kita dengan nikmat Ramadhan pada tahun hijri 1430 ini. Bulan Ramadhan ini, sangat sinonim dengan amalan berpuasa di siang hari atau denagn lebih terperinci menahan nafsu dari lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Firman Allah :-

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwjibkan ke atas kamu puasa sepertimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..."
(Al-Baqarah : 183)
Ramadhan juga adalah waktu yang akan kita sering mendirikan solat, tidak kiralah solat fardhu, solat sunat dan berbagai lagi seperti solat Isya, tarawih, witir dan sebagainya. Kata-kata Nabi Muhammad s.a.w berbicara :-

"Solat itu tiang agama..."
(riwayat ?????)

Ini adalah beberapa wasiat khusunya untuk solat untuk setiap saudara muslim di seluruh dunia khususnya buat mutarabbi-mutarabbi di Hira' yang telah atau sedang menuntut di Madrasah Tarbiah Hira' yang akan bertukar sistem buat satu bulan iaitu sistem Madrasah Tarbiah Ramadhan Kareem

  • Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk boleh melaksanakan solat tarawih pada malam pertama dari bulan Ramadhan, dan jangan sampai kita ketinggalan darinya, supaya kita boleh mendapatkan keutamaan solat tarawih semalam penuh.
  • Bersabarlah untuk bermakmum di belakang imam dalam solat tarawih, sampai imam beranjak dari tempat duduknya(untuk solat), supaya dituliskan bagi anda pahala sebagaiman solat semalam penuh.
  • Bersemangatlah untuk bersolat Maghrib berjemaah di masjid, keran kita dianjurkan untuk lebih memakmurkan masjid pada bulan Ramadhan dibandingkan dengan bula-bulan lainnya.
  • Janagn meninggalkansolat sunat ba'diyyah Isya', iaitu dua rakaat selepas solat Isya', sebelum dimulainya solat Tarawih.
  • Jangan berjaga semalaman(untuk hal-hal yang kurang bermanfaat)sehingga boleh menyebabkan kita terlambat bangun untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah.

Selamat beribadah! Jangan kita rugikan masa di bulan Ramadhan walau 0.0000000000001 detik kerana ianya sangat beharga dan bernilai... Ramadhan Kareem!!!

Read more...

Wadaa'an akh

>> Sunday, August 9, 2009

salam, ana tak sempat nak tulis pnjg2 sbb masa pn sedang mencemburui. hanya kongsi gambar~

wassalam
bekas KP,
Taman Keramat,
Ahad, 09 August 09, 7.31PM,

Read more...

MOGA-MOGA..........

>> Saturday, August 8, 2009

Assalamualaikum buat semua,ana disini amat berasa serba salah yang sangat kerana selama ini tanpa disedari ana telah ‘membiarkan para tentera yang sedia berbaris dibelakang dgn tidak teratur’,kucar-kacir, .Ana sebagai masul kelas ini mengucapkan selamat berjuang di medan masing-masing kelak dan jangan pernah kita meloloskan talian ukhuwah yang dibina bersama ini.Ana amat merindui akan segala kenangan bersama tatkala kita bertengkar memilih tempat iftar hingga semua dari kita lewat untuk berbuka,disaat kita bertakbir apabila satu gol dpt disumbat,disaat kita merancang itu dan ini….. semuanya itu ada hikmah berharga.Setelah difikir lama segala kutukan maki-puji maji…semuanya ada hikmah yang tersirat…dan kini ana merasakan sukar untuk melepaskan kita semua berasing kelas.Selepas ini anta akn kesitu..anta kesini..ana pun ke tempat lain walaupun hanya dekat tapi ana amat merindui akan semuanya…YA ALLAH KAU TAHU BAHAWA HATI INI TELAH BERPADU…JAYAKANLAH KAMI DGN MAGHFIRAHMU…..kata kataku….ibn yusof

Read more...

>> Wednesday, August 5, 2009


x de kena mengena dengan post... cuma bosan tgk blog ni......





Assalamualiakum..... aduih... first time menaip ni... ni pun dah kira lambat dah ni... kls pn dh ditukar... ok lah... Insya Allah menaip selaku seorang alumni kepada pelajar kelas 3 Munzir...kahkahkahkahkah..........

Baiklah(ayat hikmat)... Kalau dulu kat munzir (awal tahun) akan adakan tazkirah tiap2 hari isnin (kalau x silap) supaya ahli kelas dapat saling ingat mengingat antara satu sama lain... Lepas tu, tiap2 malam akan diaadakan bacaan al-Mulk (setakat ni rasanya x pernah miss kecuali waktu masuk TM malam tu sampai banat cakap "dapat game lupe Al-Mulk").... Lepas baca Al-Mulk kadang2 ade orang bagi peringatan sikit... kadang2 je la... Pastu, kat kelas Munzir pelajar dia agak sensitif dengan kemungkaran yang berlaku dalam kelas... kiranyna jikalua ada apa2 kemungkaran yang berlaku maka akan ada orang yang bangun atau duduk yang akan nyatakan yang benar.... Seterusnya, kelas Munzir ni sebenarnya macam ramai orang yang macam baik tapi tak tau kenapa kelas ni boleh menerima trofi pemenang kelas yang paling ramai orang tido.... Jadi, sepatutnyna perkara itu tidak berlaku untuk menjadi kelas terbaik.... Dan benda yang paling tak patut berlaku ialah kelas munzir ni tak ramai yang reti MAIN BOLA yang menyebabkan kelas ni digelar DARJAH 3 munzir atau 6 munzir dan sebagainya... owh... terlupa... kelas munzir ni sebenarnya sangat pantang dengar suara pompuan.... 'shhhhhhh'.... itulah yang keluar selalu.... kelas munzir plak selalu bergaduh.... Ini sebenarnya benda yang tak bagus yang menyebabkan seorang pelajar taknak sama kelas ngan pelajar lagi satu.... samalah dengan adegan kutuk mengutuk, adegan (mahal) 'air mata
berguguran
mata hati
sudah mulai tebuka'...........wuish.. penat membebel...



sebenarnya ana menulis ni untuk memberi sedikit bayangan kepada kelas munzir yang datang supaya blh jd lebih baik dan beberapa point untuk dijadikan muhasabah kepada mereka yang mengharapkan wadah ini (kelas) sebagai tempat untuk pembentukan kader dakwah baru yang bisa kekalkan keaslian dakwah kat (mane2).....

wallahu'alam

Read more...

Wahai orang-orang beriman! Bersyukurlah

>> Sunday, June 7, 2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita nikmat-nikmat yang tidak boleh dikira walau diri kita sebijak Albert Einstein. Sekarang, penulis mengajak untuk saudara sekalian merenung satu nikmat yang bukan semua orang di alam ciptaan rabbul a'lamin dikurniakan oleh Yang Maha Memberi iaitu nikmat kesempurnaan tubuh badan dan pancaindera.


Beberapa hari yang lepas, penulis sering berjalan-jalan keluar dari rumah dan pergi ke tempat awam. Seringkali penulis ternampak manusia yang tidak dapat hidup dalam keadaan yang
normal dari segi Italicmentally and physically.



Ada yang terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat kerana matanya tidak berfungsi untuk melihat dan ada juga yang terpaksa berjalan menggunakan wheel chair kerana kakinya lumpuh. Dan ada juga yang Italicbermuka agak kurang cantik atau senang cite mukanya agak lain dari yang lain dan kejap-kejap manusia itu meraung-raung dan tibe-tibe mengamuk kerana dirinya menghidapi sydrome down. Kesian bukan???


Lihatlah wajah mereka...
Pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan kehidupan mereka yang mungkin kekurangan dari segi tidak sempurna tubuh badan. Bagaimanalah mereka ingin makan, mandi, tidur, basuh baju, mencari nafkah dan berbagai lagi urusan kehidupan yang kita dan mereka harus lakukan. Bagaimana??? Dan bagaimana??? Sudah tentu mereka memerlukan bantuan orang lain.

Jadi, besyukurlah wahai orang-orang yang merasakan dirinya mempunyai iman di dalam hati kerana di dalam dunia ini hanya sedikit sahaja hamba Allah yang bersyukur. Bukan sahaja bersyukur di atas nikmat kesempurnaan tubuh badan tetapi bersyukurlah juga kita dengan kurniaan nikmat iman, islam dan juga nikmat khususnya para pembaca yang pernah atau sedang merasai nikmat tarbiah di Hira'. Alhamdulillah...
"dan sangat sedikit hambaKu yang bersyukur..."
(??? : ???) (maaf x ingat)
Saudara yang dikasihi sekalian,
Penulis berharap agar kita senantiasa menjadi hamba yang berfikir tentang kejadian Allah.
Renung dan hayatilah ayat Allah ini...
(Ali Imran : 188 - 191)
Wallahu a'lam.

Read more...

Mari Melombong Ilmu!!!

>> Sunday, May 31, 2009

Alam Raya Enterprise
(Gedung Mutiara Ilmu)
Bersempena periksa yang sedang kita hadapi ini, kawan penulis mengajak penulis untuk melombong ilmu di sebuah kedai buku yang bernama Alam Raya Enterprise. Berikut adalah butiran mengenai tempat perlombongan ini :-
No.21, Jalan 65C, 0ff Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre,53000 Kuala LumpurTelp : +6… , Facs : 603-40240320, sms : +6012-… HP : +6… , email : manja58@yahoo.com Website :
Maklumat lanjut mengenai kedai ini bolehlah melayari di dalam bloghttp://www.arbuku.wordpress.com
Cara untuk pergi ke sini menggunakan transport awam ialah dengan menaiki perkhidmatan LRT aliran STAR dan berhenti di stesyen Titiwangsa.
Dan sahabat penulis berpesan kepada saudara-saudara yang berhasrat untuk mengunjungi kedai ini supaya menghubungi beliau terlebih dahulu melalui nombor 0136605459/03-41061952. Insyallah akan mendapat 40% diskaun istimewa buat pelajar Hira'.
Harap ikhwah-ikhwah sekalian dapat berkunjung ke kedai ini dan diharapkan semua untuk terus menjawab kertas Peperiksaan yang sedang kita hadapi dengan taufiq dan hidayah dari Maha Berkuasa. Amin ya Rabbal Alamin.




Read more...

DIRI INI KEMBALI..

air mata berguguran,

mata hati sudah mulai terbuka,

untuk daku ikhlas,

terima jalanmu,

bimbinglah ohh diriku,

buat pertamanya,

diri ini menagih cintamu,

ku mahu dekatimu,

tunjukkan jalan sucimu...
---lirik lagu------
ibn yusof

Read more...

Peperiksaan Sebenar Penggal 1

>> Friday, May 29, 2009

PENGUNGUMAN PENTING

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hira',diharapkan dapat bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Sebenar Penggal 1. Berikut adalah butiran-butiran tentang peperiksaan :-
Tarikh : 29.Mei.2009 hingga 14.Jun.2009
Masa : 24 jam setiap hari
Dewan Peperiksaan : Bermula dari pagar Sekolah Menengah
Islam Hira'

Diharapkan semua pelajar dapat besedia 100% untuk berhadapan dengan pelbagai kertas soalan-soalan yang akan disediakan dengan mengulang kaji pelajaran tarbiah di Hira' iaitu dengan membelek buku kuliah/tazkirah,berjumpa dengan naqib(kalo x de jumpe para murobbi) dan paling penting sekali ialah dengan merancang besama rakan-rakan apa yang akan dijawab pada peperiksaan 2 minggu nanti.

Peraturan-peraturan di dalam Dewan Peperiksaan :-

1)Para pelajar tidak digalakkan meniru kertas soalan dari orang-orang munafiq,kafir dan orang-orang yang dibenci Allah.
2)Para pelajar amat digalakkan untuk meniru bulat-bulat kertas jawapan orang-orang yang mengikut telunjuk Al-Quran dan As-Sunnah seperti ustaz-ustaz, ulama'-ulama', dan yang sewaktu dengannya.
3)Para pelajar langsung tidak digalakkan untuk menjawab menggunakan pensil berukuran "WESTLIFE" tetapi pelajar digalakkan untuk menggunakan pensil berukuran "ISLAMICLIFE" untuk menjawab soalan dengan baik.
4)Dewan Peperiksaan akan dijaga 100% oleh Yang Maha Melihat.
5)Para pelajar tidak digalakkan untuk keluar dari Dewan Peperiksaan.
6)Para pelajar haruslah membawa peralatan secukupnya seperti amal fardhi, takwa, iman, takwa, ukhuwwan dan yang sewaktu dengannya.
7)Pandai-pandai la pikir ape peraturan-peraturannya.

Pelajar yang tidak dapat mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan maka pelajar itu dikira failed. Selamat menghadapi peperiksaan, moga diberi kekuatan iman dan kesucian hati sepanjang menjawab kertas soalan yang amat sukar ini. Teruslah mengharapkan taufiq dan hidayah dari Allah.

Ayyuhal Ikhwah
...Bittaufiq wannajah...

Read more...

Selamat Hari Jadi Wahai Utusan Allah!

>> Sunday, March 15, 2009



Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang yang beriman, beselawatlah kalian untuk Nabi dan sampaikanlah salam penghormatan kepadanya

(Al-Ahzab : 56)


Kami meninggikan bagimu sebutan(nama)-mu

(Al-Insyirah : 4)

Read more...

Bayangkanlah kita tanpa cahaya!!!!!!(Part 1)

>> Saturday, February 21, 2009

Bayangkanlah bilik kita tanpa cahaya lampu
Bayangkanlah tandas kita tanpa cahaya lampu tandas
Bayangkanlah peti ais kita tanpa cahaya lampu yg kejap ade kejap x de
Bayangkanlah jalanraya tanpa cahaya lampu kat tepi jalan

Sudah tentu gelap bukan?pasti kita tercari-cari di mana baju kita dlm almari kdg2 terlanggar katil(kamitidaklupa,bukan itu),kdg trlanggar meja.Kalo dlm tandas pasti sukar utk kita masukkan hajat(pham2 la)ke mangkuk maggi busuk tu,sudah tentu kita teraba-raba mana kepala paip takut2 trpegang kepala lain pulak.Kalo mak kite nak masak pastu nak carik daging nnti t'ambik aiskrim pulak,nnti manis la kite punye kari.Kalo ayah kite blk kg mlm pastu x de lampu jln mesti Innalillah punyelah satu family kite.Susah bukan hidup tanpa cahaya lampu.Itu cahaya dibuat manusia,ia x de bile wktu mlm je,kalo pagi nnti ok je tanpa bede2 tu.Tapi cube kite bayangkan pulak pagi kite tanpa cahaya MATAHARI,mlm kite tanpa cahaya BULAN sdh tentu payah,susah,merana,siksa,sakit dan mcm2 lagi la!!!!!
Eh2 cube pandang atas,eh ade lampu lah(kalo x bukak tingkap),cube tengok kat luar,eh ade matahari la,dihiasi pulak dgn awan berarak ceria,eh burung pon ade(tu kalo pagi/tnghari/petang)...cube kuar umah jap,eh ade bulan la,dihiasi pulak dgn Marikh,Zuhal(eh silap)bkn2,dihiasi pulak dgn bintang2(kalo mlm/kol 3pg-sblm subuh)Alhamdulillah sumenye tadi masih ade.....tapi bayangkan kite tanpa cahaya....

CAHAYA APE AGAKNYE???
x payah tau lagi la,buat masa ni kite besyukur dulu dengan nikmat yg penulis sbutkan tadi....>slamat bersukan<>

Read more...

Ghazzah

Assalamualaikum

Sedang bersiar-siar di kota YouTube, tiba-tibe terserempak dengan sebuah video yang agak menyedihkan..tidak pernah saya lihat sebelum ini. Jadi inilah dia, hadiah buat yang mempunyai hati-hati orang memerhati




Sekian~

Read more...

Israel...Kaum yang dilaknat Allah!!!!!!!!

>> Friday, February 20, 2009

israel flag Pictures, Images and Photos

Allah berfirman:

"Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata : hati kami tertutup . Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya."(5:157)

bush and olmert smiling Pictures, Images and Photos

Laknat Allah:

"Orang kafir Yahudi dan Bani Israel telah dilaknat(di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."(5:78)

..........................................................................................................................................................................

Read more...

Tanah Melayu Tercinta

Selepas Jepun balik rumah
PKM datang mentadbir
Mereka buat huru-hara
Dekat Tanah Melayu kita

Selama 14 hari
Mereka buat kezaliman
Mereka pecah masuk ceroboh
Ikut MPAJA

Rumah-rumah kami telah dibakar
Ramai orang kami terkorban
Untukmu Tanah Melayu tercinta
Kami kan terus bersamamu

Ya Rabbi
Hancurkanlah Jepun dan Parti Komunis Malaya
Ya Allah
Bantulah kami menjaga Tanah Melayu Tercinta

Artis: Laungan Sejarah(Imad,Arif,Umar,Hikmat,Ridwan)
Lirik: Hikmat & Ridwan
Lagu: Shoutul Haroqah

11:02:56 pagi
6 . Februari . 2009
3 Munzir09

Read more...

segalanya pasti

>> Saturday, January 24, 2009

tiada apa yang mahu ku katakan..


insya allah setelah beberapa hari
ku mendekatkan diriku..
namun, apa yang ku dapat..
hanya sekeping kertas yang pasti tertulis..

~number of da most wanted!!~

not everyone know about da paper..
apa yang ku dapat dari kertas itu??
jika Dia memberi ku peluang..
aku akan menikmatinya..
tapi dalam keadaanku begini..
apa yang aku perlukan ialah..
teman..
teman sekelas xkan ber makna..
teman satu dorm xkan bermakna..
teman se'usrah' juga kemungkinan xkan bermakna..
aku perlukan teman yang akan membantuku..
dia akan membimbingku ke jalanNya..
aku kenal siapa aku..
aku mahu teman yang memahami..
tapi, apa yang pasti.. 
Dia Maha Memahami..

ingat lah teman..
aku perlukan kamu..
kamu juga perlu aku..
kita sama2 saling memrlukan..
apa yang terdetik sekarang..
ukhuwwah akan terbina..
kalau kita bertemankan..

ikhlas~

dan

islam~

apa yang ku harapkan..
tegur saya jika saya terlampau..
tegur itu penting..
apa yang di tegur akan membantu kita..
sama2 lah kita..
saling tegur-menegur ya!!

all from my heart...

segalanya pasti..
940425-06-5097..

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP