Mari Melombong Ilmu!!!

>> Sunday, May 31, 2009

Alam Raya Enterprise
(Gedung Mutiara Ilmu)
Bersempena periksa yang sedang kita hadapi ini, kawan penulis mengajak penulis untuk melombong ilmu di sebuah kedai buku yang bernama Alam Raya Enterprise. Berikut adalah butiran mengenai tempat perlombongan ini :-
No.21, Jalan 65C, 0ff Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre,53000 Kuala LumpurTelp : +6… , Facs : 603-40240320, sms : +6012-… HP : +6… , email : manja58@yahoo.com Website :
Maklumat lanjut mengenai kedai ini bolehlah melayari di dalam bloghttp://www.arbuku.wordpress.com
Cara untuk pergi ke sini menggunakan transport awam ialah dengan menaiki perkhidmatan LRT aliran STAR dan berhenti di stesyen Titiwangsa.
Dan sahabat penulis berpesan kepada saudara-saudara yang berhasrat untuk mengunjungi kedai ini supaya menghubungi beliau terlebih dahulu melalui nombor 0136605459/03-41061952. Insyallah akan mendapat 40% diskaun istimewa buat pelajar Hira'.
Harap ikhwah-ikhwah sekalian dapat berkunjung ke kedai ini dan diharapkan semua untuk terus menjawab kertas Peperiksaan yang sedang kita hadapi dengan taufiq dan hidayah dari Maha Berkuasa. Amin ya Rabbal Alamin.




Read more...

DIRI INI KEMBALI..

air mata berguguran,

mata hati sudah mulai terbuka,

untuk daku ikhlas,

terima jalanmu,

bimbinglah ohh diriku,

buat pertamanya,

diri ini menagih cintamu,

ku mahu dekatimu,

tunjukkan jalan sucimu...
---lirik lagu------
ibn yusof

Read more...

Peperiksaan Sebenar Penggal 1

>> Friday, May 29, 2009

PENGUNGUMAN PENTING

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hira',diharapkan dapat bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Sebenar Penggal 1. Berikut adalah butiran-butiran tentang peperiksaan :-
Tarikh : 29.Mei.2009 hingga 14.Jun.2009
Masa : 24 jam setiap hari
Dewan Peperiksaan : Bermula dari pagar Sekolah Menengah
Islam Hira'

Diharapkan semua pelajar dapat besedia 100% untuk berhadapan dengan pelbagai kertas soalan-soalan yang akan disediakan dengan mengulang kaji pelajaran tarbiah di Hira' iaitu dengan membelek buku kuliah/tazkirah,berjumpa dengan naqib(kalo x de jumpe para murobbi) dan paling penting sekali ialah dengan merancang besama rakan-rakan apa yang akan dijawab pada peperiksaan 2 minggu nanti.

Peraturan-peraturan di dalam Dewan Peperiksaan :-

1)Para pelajar tidak digalakkan meniru kertas soalan dari orang-orang munafiq,kafir dan orang-orang yang dibenci Allah.
2)Para pelajar amat digalakkan untuk meniru bulat-bulat kertas jawapan orang-orang yang mengikut telunjuk Al-Quran dan As-Sunnah seperti ustaz-ustaz, ulama'-ulama', dan yang sewaktu dengannya.
3)Para pelajar langsung tidak digalakkan untuk menjawab menggunakan pensil berukuran "WESTLIFE" tetapi pelajar digalakkan untuk menggunakan pensil berukuran "ISLAMICLIFE" untuk menjawab soalan dengan baik.
4)Dewan Peperiksaan akan dijaga 100% oleh Yang Maha Melihat.
5)Para pelajar tidak digalakkan untuk keluar dari Dewan Peperiksaan.
6)Para pelajar haruslah membawa peralatan secukupnya seperti amal fardhi, takwa, iman, takwa, ukhuwwan dan yang sewaktu dengannya.
7)Pandai-pandai la pikir ape peraturan-peraturannya.

Pelajar yang tidak dapat mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan maka pelajar itu dikira failed. Selamat menghadapi peperiksaan, moga diberi kekuatan iman dan kesucian hati sepanjang menjawab kertas soalan yang amat sukar ini. Teruslah mengharapkan taufiq dan hidayah dari Allah.

Ayyuhal Ikhwah
...Bittaufiq wannajah...

Read more...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP