Wahai orang-orang beriman! Bersyukurlah
>> Sunday, June 7, 2009
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita nikmat-nikmat yang tidak boleh dikira walau diri kita sebijak Albert Einstein. Sekarang, penulis mengajak untuk saudara sekalian merenung satu nikmat yang bukan semua orang di alam ciptaan rabbul a'lamin dikurniakan oleh Yang Maha Memberi iaitu nikmat kesempurnaan tubuh badan dan pancaindera.
Beberapa hari yang lepas, penulis sering berjalan-jalan keluar dari rumah dan pergi ke tempat awam. Seringkali penulis ternampak manusia yang tidak dapat hidup dalam keadaan yang
normal dari segi
mentally and physically.


Ada yang terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat kerana matanya tidak berfungsi untuk melihat dan ada juga yang terpaksa berjalan menggunakan wheel chair kerana kakinya lumpuh. Dan ada juga yang
bermuka agak kurang cantik atau senang cite mukanya agak lain dari yang lain dan kejap-kejap manusia itu meraung-raung dan tibe-tibe mengamuk kerana dirinya menghidapi sydrome down. Kesian bukan???

Lihatlah wajah mereka...

Jadi, besyukurlah wahai orang-orang yang merasakan dirinya mempunyai iman di dalam hati kerana di dalam dunia ini hanya sedikit sahaja hamba Allah yang bersyukur. Bukan sahaja bersyukur di atas nikmat kesempurnaan tubuh badan tetapi bersyukurlah juga kita dengan kurniaan nikmat iman, islam dan juga nikmat khususnya para pembaca yang pernah atau sedang merasai nikmat tarbiah di Hira'. Alhamdulillah...
"dan sangat sedikit hambaKu yang bersyukur..."
(??? : ???) (maaf x ingat)
Saudara yang dikasihi sekalian,
Penulis berharap agar kita senantiasa menjadi hamba yang berfikir tentang kejadian Allah.
Renung dan hayatilah ayat Allah ini...
(Ali Imran : 188 - 191)
Wallahu a'lam.